hari ni nak citer kenapa saya JATUH CINTA dengan ESP???
Al -kisahnya, masa saya mengandungkan anak yang pertama, saya mengalami masalah bleeding pada awal kehamilan..masa dalam 2 bulan lebih rasanya. nak masuk 3 bulan..Pada pagi waktu nak sembahyang subuh, tgk2 kat panties penuh darah macam darah period. Masa tu terus ingat dah gugur. Gerak suami cepat2, suh suami sembahyang subuh dulu, kemudian pergi ke HUKM. Nasib time tu cuti hujung minggu dan cuti sekolah, dapat gi hospital terdekat. Bila gi hospital, doktor cek baby masih ada. Mungkin sebab baby baru nak lekat kat rahim, tu bleeding. Kata doktor, aku mengiyakan jer. Sbb dalam hati masih rasa gelisah.
2 3 hari lepas tu baru bleeding stop. Aku bersyukur sgt2 masa tu...Tapi selang 2 3 hari lepas tu, bleeding datang balik. Masa tu aku sorang2 kat rumah, suami aku dah gi keje..Telefon abg kandung aku yang keje kat Cheras, dia dtg nak htr ke HUKM. Doktor cek baby ada lagi..huhuhu..masa tu xtau nak cakap mcm mana, TAKUT, GELISAH semua ada...Doktor suruh rest banyak2..
Lepas seminggu, aku dh kene balik sekolah, sbb cuti sekolah dah habs...sob3x..aku ni PJJ ngan suami,.. aku di Pahang, suami di KL..sebelum balik sekolah, aku singgah kat Klinik Pakar Chan kat Mentakab. Sbb bleeding masih ada sikit2. Doktor kata kata kemungkinan aku akan gugur sbb rahim x kuat..Doktor bagi cadangan untuk cucuk kuatkan rahim. xpela habis duit, asalkan baby selamat.
aku dpt MC 5 hari. jadi berehatla aku kat rumah sewa. tapi dugaan datang lagi bila aku kene demam panas. mmg xlarat sgt bdn time tu. Aku telefon suami aku, kata badan xlarat, suami aku ambil aku kt sekolah, berehat kat rumah mak mertua. Masa tu bleeding dah berhenti, cuma badan aku jadi penat.
Dan kt sinilah bermulanya aku kenal ESP. Masa tu senior aku kat MRSM dan UPM duk promote pasal SHAKLEE @ aka my mommy sekarang, Master Izzati....Masa tu xtau apa2 pasal SHAKLEE, cuma ingat nak beli ESP sbb tgk kelebihan dia.Lepas tu aku terus transfer duit ke mommy Eti. Bila dah dapat barang, aku pun nak try la ESP ni mcm mana. Masa mula2 tu tekak aku xleh terima sgt rs ESP. Loya2 jugak. Lepas tu mommy eti kata boleh campur dengan air kegemaran. Aku campur dengan air susu @milo time tu. Alhamdulillah, tekak aku dah boleh terima.
Nak dekat sebulan aku minum ESP, aku rasa lain mcm sgt badan ni. Badan xde rs letih2 sebelum ni. Aku pun rs kuat sikit nak buat keje. Lepas tu, aku banyak baca pasal kebaikan ESP kat internet. Salah satu boleh kuatkan rahin bagi yang ada masalah bleeding macam aku. Lepas tu baru aku start ambil suplemen untuk mengandung. Alhamdulillah, bby selamat lahir 18hb Disember 2012.
Aku teruskan ESP lepas aku pantang sampai la menyusukan Sumayyah. Alhamdulillah, susu sentiasa ada, dan Sumayyah xpernah meragam waktu malam bila nak menyusu. Lepas tu mula aku start bt stock susu kt Sumayyah, sbb dah nak hbs cuti bersalin. Masa tu aku ambil ESP + ALFALFA + OSTEMATRIX.
Lepas 9 bulan, aku disahkan mengandung kali ke2. masa tu terkejut pun ada. sbb x merancang nak dpat secepat tu. Tapi mgkin dah rezeki. Sumayyah pun xsampai setahun lagi menysu badan. Masa tu aku tawakal jer menyusu badan sambil pregnant. Sebab ada yang kata xelok menysu baby bila dah pregnant.
Awal kehamilan ni terus aku ambil suplemen semasa mengandung VITALEA+BCOMPLEX +VIT C+OSTEMATRIX dan tentunya ESP. aku takut juga kot2 pregnant kali ke2 ni ada masalah bleeding. dan alhamdulillah, masalah bleeding aku xde. dan walaupun aku jaga Sumayyah time tu sorang2, alhamdulillah, bdan aku sihat dan cergas. mgkin sbb aku dah ambil langkah berjaga2 dari awal dengan makan vitamin.
Kisah saya ni saya kongsikan juga kepada kawan saya di sekolah. Alhamdulillah, kawan saya yang mengalami masalah bleeding sebelum ni pun rs bersyukur sgt2 kerana pregnant kali ini dia xde bleeding. Kalau x, mesti tiap2 bulan berulang ke klinik cucuk kuat rahim.
Insyaallah, hujung bulan 6 ni due aku. Harap2 semua selamat. Dan yang mengenali diri ini doakan saya selamat dan dapat melahirkan baby dengan sihat.
bagi ibu2 yang mengandung mengalami masalah macam saya, xsalah kita mencuba untuk selamatkan bayi yang dikandung. Insyaallah, kita mencuba, Allah yang tentukan segalanya. Yang penting jangan lupa banyakkan berdoa pada Allah.
P/S: BULAN NI PROMO ESP. JADI YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN HARGA PROMO JANGAN SEGAN2 PM SAYA YER. INSYAALLAH SAYA AKAN GUIDE ANDA CARA MINUM DENGAN BETUL.
Siti Haryani Mohd (Yani)
Shaklee ID : 887626
Fanpage:https://www.facebook.com/pages/Cahayaku-Vitamin-Shop
014-8151584 (Call, SMS, WhatsApp)
0 komen budak comel:
Post a Comment