Tuesday 25 March 2014

Langsing Menawan Dengan Set Shape-Up Shaklee



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Memiliki tubuh yang langsing menawan sememangnya idaman setiap wanita. Kaum wanita sanggup berhabis wang, masa dan tenaga demi mendapatkan berat ideal idaman hati. Ada yang berjaya, tak kurang yang kecewa. Entry kali ini saya mahu berkongsi tentang salah satu program kesihatan Shaklee khusus buat kaum wanita, dan lelaki juga, yang mahu mendapatkan berat ideal anda. InshaALLAH.

Program ini dinamakan Shape-Up Program. Program ini lebih kepada program pengurangan inci di tubuh anda dengan cara mengelakkan kitaran diet yo-yo sambil membantu anda sihat sepanjang hayat dengan makanan enak yang luarbiasa. Selain daripada itu, harga yang ditawarkan juga amat berbaloi. Mengapa perlu bayar lebih jika anda mampu mendapatkan sesuatu yang berkualiti pada nilai yang lebih jimat kan?

Ini dia rangkaian Set Shape-Up yang saya maksudkan.



Kandungan set ini terdiri daripada :-
  • Herb Lax (atau boleh ganti dengan Alfalfa)
  • Lecithin atau Omega Guard
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Tea Mix

Mari kita lihat fungsi setiap suplemen ini satu persatu.

Herb Lax untuk proses detox

Herb Lax ini asasnya berfungsi sebagai julap lembut yang berfungsi untuk detox (membersihkan) usus daripada segala lemak, toksin, kotoran dan lendir-lendir yang melekat di dinding usus, bagi tujuan meningkatkan tahap serapan nutrien ke dalam tubuh. Usus yang bersih sahaja mampu menyerap nutrien yang masuk ke dalam tubuh secara optimum. 
Selain daripada itu, Herb Lax membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman seperti sembelit. Biasanya penggunaan Herb Lax dicadangkan 1-2 kali sahaja seminggu, dan sangat digalakkan semasa awal program Shape-Up ini.
Selain daripada Herb Lax, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak yang khuatir dengan kesan detox ini (walaupun mild), bolehlah gantikan dengan Alfalfa Complex.

Lecithin atau Omega Guard untuk pembakaran lemak degil

Selesai detox, anda boleh mulakan untuk membakar atau mencairkan lemak-lemak degil yang berkumpul pada dinding-dinding organ dalaman tubuh anda. Terdapat dua pilihan, samada dengan Lecithin atau Omega Guard atau anda boleh combine kedua-duanya. Pastikan SID anda berikan jadual yang betul ya.
Secara asas, Lecithin ini bersifat fat-emulsifier. Jadi, kehadiran Lecithin di dalam tubuh membantu mencairkan lemak-lemak degil dan sekaligus membersihkan kolestrol yang melekat pada pembuluh darah. Apabila lemak-lemak degil dan tepu tadi telah dicairkan kepada molekul-molekul kecil, maka tigas seterusnya ialah untuk 'angkut keluar' mereka daripada badan.
 
 
Omega Guard juga mempunyai sifat yang sama dengan Lecithin tadi. Malahan ia diperkaya dengan EPA dan DHA yang sememangnya bagus untuk kesihatan jantung. Selain itu, kedua-dua Omega Guard dan Lecithin memang bagus untuk minda dan kulit tubuh.

Cinch Shake Mix untuk otot yang pejal

Ini ialah serbuk protein yang diperkaya leusin khusus untuk membina badan, memelihara otot dan dah tentu, dalam masa yang sama, meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Protein penting semasa proses shape-up kerana secara semulajadi ia membantu mengurangkan selera makan. Selain daripada itu, ia mampu membakar kalori sehingga 35%.
Terdapat dalam 3 perisa yang lazat iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla, serta semestinya non-gmo. Ia juga kaya serat dan mempunyai indeks glisemik yang rendah yang mana membantu untuk mengekalkan paras tenaga dan paras gula normal dalam darah.
 
3 perisa cinch shake mix pilihan
Cinch Shake Mix dalam 3 perisa lazat

Cinch Tea Mix untuk tenaga yang hebat

Ini ialah teh istimewa Shaklee yang merupakan campuran daripada teh merah, teh hijau dan teh putih. Saya sendiri sukakannya kerana ia membantu saya bertenaga dan boleh stay-up lama pada waktu malam. Bagi sesetengah orang, teh ini membantu mereka untuk lawas.
Antara lain fungsi teh ini selain daripada membantu mengekalkan kecergasan di kala berdiet, ia bersifat anti-oksidan, menurunkan paras kalori dan kolestrol dalam tubuh, mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme dan sebagainya. Justeru, semua fungsi ini amatlah membantu anda yang mahu menurunkan berat badan secara sihat.
 
 
Jadi, itulah dia kandungan Set Shape-Up Shaklee. Sekiranya anda berminat mahu mencuba program ini, jangan segan silu hubungi saya seperti di bawah untuk konsultasi percuma dan pesanan produk.
 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan :)


Siti Haryani Mohd (Yani)
Shaklee ID : 887626
014-8151584 (Call, SMS, WhatsApp)

0 komen budak comel:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Copyright 2014 Reserved to Cahayaku Vitamin Shop Design By Cik Nurfarah