Saya rasa teruk – adakah ia normal?
Berasa
sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan
adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap
individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi,
sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan
dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.
Mabuk hamil
boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan
normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani
permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.
Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda –
dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan
melakukan kerja rumah.
Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja
disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa
bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga
penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai
kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda
perlukan.
Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?
Adalah
amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab
rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda
perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan
kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan hanya
akan menghiraukan muntah yang teruk,
kerana ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda,
dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.
Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak
serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar
kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa
sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah,
sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara.
Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum
tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan
doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient.
Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke
hospital untuk hiperemesis.
Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi.
Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?
Sudah
pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang
membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau
sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
-
Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan
loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan
kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
-
Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada
makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan
makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan
vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti
biskut juga boleh diambil.
-
Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
-
Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
-
Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar
untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan
anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
-
Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
-
Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya
anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air
berkarbonat.
-
Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat
atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan
mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam
kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan
bagi sesetengah orang.
-
Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
-
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan.
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang
mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum
mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
-
Cuba terapi semula jadi.
Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati
boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam
merawat wanita hamil.
-
Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami
akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang
dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda.
Apakah rawatan perubatan yang boleh didapati untuk mabuk yang teruk?
Bagi
kebanyakan wanita, perubatan adalah langkah terakhir selepas semua
perkara telah dilakukan dan gagal untuk membantu. Ramai wanita enggan
untuk mengambil ubat semasa kehamilan dan anda mungkin tidak mahu
menjalankan sebarang rawatan perubatan untuk mabuk kehamilan sebab risau
ia akan membahayakan bayi anda.
Tetapi terdapat perubatan yang selamat dan efektif bagi mabuk kehamilan
yang boleh digunakan bersama dengan pendekatan tanpa ubatan yang
dicadangkan di atas. Anda boleh berhenti mengambil ubat-ubatan ini pada
minggu ke-12 hingga 14 kehamilan apabila mabuk kehamilan anda sudah
berkurangan.
Terdapat sebab sejarah kenapa anda tidak pernah dengar atau diberikan
sebarang ubat, walaupun untuk mabuk kehamilan. Talidomida yang digunakan
untuk merawat mabuk kehamilan pada akhir tahun 1950-an dan awal 1960-an
telah menyebabkan kecacatan kelahiran. Tragedi ini membuatkan doktor
lebih berhati-hati atau tidak mahu mempreskripsikan ubat dan syarikat
perubatan tidak mahu memasarkan apa-apa kepada wanita hamil. Kesannya
ialah sehingga kini, tiada ubat yang diluluskan khas untuk digunakan
semasa kehamilan.
Tetapi kesan talidomida telah menyebabkan ubat yang digunakan semasa
kehamilan terpaksa menjalani ujian yang sangat ketat. Ubat piridoksina
(vitamin B) dan antihistamina boleh membantu wanita yang mengalami mabuk
kehamilan dan mempunyai jejak rekod keselamatan yang cemerlang dalam
kehamilan. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya.
Antihistamin atau penghalang H1 (H1 blocker)
Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa antihistamin iaitu ubat yang
menghalang pengeluaran histamina semasa reaksi alahan, boleh membantu
melegakan loya dan muntah semasa kehamilan. Antihistamina selalunya
menyebabkan pening dan lebih baik diambil pada waktu malam.
Sebagai contoh, di UK, ubat yang selalu dipreskripsikan untuk mabuk
kehamilan adalah Promethazine (jenama Avomine) dan Cyclizine (jenama
Valoid).
Vitamin B6 (piridoksina)
Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin
B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh
membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia
boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli
obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg
piridoksina, tiga atau empat kali sehari. Sesetengah pil yang boleh
dibeli di kaunter adalah lebih kuat daripada ini dan kajian tidak
melihat pada keselamatan atau keberkesanan dos yang lebih tinggi.
Multivitamin kehamilan
berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita.
Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa
kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda
berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa.
Kombinasi antihistamin dan vitamin B6
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kombinasi antihistamina dan vitamin
B6 memberikan kesan yang lebih baik daripada diambil berasingan.
Walaupun tidak terdapat kombinasi yang boleh didapati di Malaysia, anda
boleh mengambilnya berasingan.
Seperti biasa, anda perlu berbincang dengan pakar obstretik anda sebelum memulakan sebarang bentuk rawatan.
Fenotiazina dan ubat yang berkaitan
Jika anda mengalami muntah yang teruk
,
anda mungkin dipreskripsikan dengan prochloreparazine (stemetil) atau
metoclopramide (maxolon) jika antihistamina tidak berkesan. Ubat-ubatan
ini memang berkesan tetapi bukti keselamatannya kurang kukuh daripada
antihistamina. Ia boleh membawa kesan sampingan termasuk pergerakan yang
tak terkawal.
Kortikosteroid
Ubat ini (seperti deksametason) mungkin dipreskripsikan selepas minggu
ke-12 kehamilan sebagai jalan terakhir bagi wanita yang mengalami hiperemesis yang tidak bertindak balas terhadap rawatan lain.
Ibu-ibu juga boleh cuba.....
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
Siti Haryani Mohd (Yani)
Shaklee ID : 887626
Fanpage:https://www.facebook.com/pages/Cahayaku-Vitamin-Shop
014-8151584 (Call, SMS, WhatsApp)