Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang sedar pentingnya
keperluan supplemen dalam mengisi ruang nutrisi dalam badan. Walau
bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen bukanlah ubat sebaliknya ia
membantu mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan oleh badan. Nutrien
yang berlebihan atau tidak diperlukan akan dibuang oleh badan. Apabila
badan mempunyai nutrisi yang cukup, maka setiap sel, organ, sistem akan
bergerak dengan lancar dan menjadikan individu lebih sihat.
Oleh itu, kami TIDAK mencadangkan pengambilan supplemen untuk bayi di
bawah usia setahun, kerana keperluan utama bayi ketika ini adalah susu.
Dan susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU. Melalui susu ibu,
nutrient yang diperlukan akan disalurkan kepada bayi. Walaupun,
pemakanan bayi bermula tempoh 6 bulan, itu hanyalah perkenalan kepada
pemakanan. Makanan utamanya masih susu ibu.
Sebaliknya apabila anak mencecah usia 1 tahun, susu ibu menjadi
pelengkap sahaja manakala makanan utamanya adalah makanan biasa. Oleh
itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mendapatkan makanan
yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, makanan dingin beku dan makanan rapu.
Bagaimana sekiranya ibu tidak dapat menyediakan keperluan secukupnya?
Di sinilah sebaiknya mengambil makanan tambahan (supplemen) untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan.
Untuk anak-anak usia 1-3 tahun,
boleh mula diberikan Shaklee Meal Shakes dan Shaklee OmegaGuard. Tapi
tak perlu kerap pun. Cara pengambilan, sila hubungi pengedar anda ya.
Ini supaya tidak memberatkan tubuh di kecil anda untuk memproses
supplemen yang diberikan.
Untuk anak-anak usia 4-6 tahun pula
selain 2 supplemen di atas boleh ditambah dengan Shaklee Vita-lea Chew
dan Shaklee Vita-C Chew. Manakala selepas usia itu, boleh diambil
supplemen selainnya kecuali Nutriferon dan beberapa yang lain.
Nutriferon sebaiknya selepas usia 12 tahun kerana agak kuat dan
memerlukan air masak yang banyak.
Tempahan Blog dari Unicornara
5 years ago
0 komen budak comel:
Post a Comment