Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan
susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara
yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak
langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu
– akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah
kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit
dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak
selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10
minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya
waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu
ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus
mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap
sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke
rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun
pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’
semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg
dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah
dipermudahkanNya.
Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping.
Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat
terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping.
Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak
menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan
membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi,
bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten,
pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari
supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan
pelbagai strategi lain :)
Happy pumping!
PENGALAMAN TOUR GUIDE KE PULAU TIOMAN
3 years ago
0 komen budak comel:
Post a Comment